Thursday, 11 April 2013



Program     :  Kursus Fasilitator Sahabat PPDa PETRONAS 2013
Tarikh        :  9 - 11 April 2013
Tempat      :  Rompin Beach Resort, Rompin Pahang
Anjuran     :  Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dengan kerjasama  
                    PETRONAS

MGKK Rompin telah bersama-sama menjayakan Kursus Fasilitator Sahabat PPDa PETRONAS 2013. Kursus ini dihadiri oleh 100 orang pelajar yang terdiri daripada 50 orang murid tahun 5 dan 50 orang pelajar tingkatan 4 Daerah Rompin. Program ini dirasmikan oleh En. Sulaiman bin Ismail, Eksekutif Kanan, Jabatan Stake Holder, Petronas Wilayah Pantai Timur. Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar dan  dikendalikan oleh 15 orang Jurulatih Utama Sahabat PPDa Daerah Rompin.

Tuesday, 5 March 2013

Saturday, 3 November 2012

Pelaporan Sesi Kaunseling ( L4 ) bagi Tahun 2012

Assalamualaikum wbt..

Perhatian kepada semua Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa (GBSM) yang menerima Peruntukan Kaunseling (PCG) bagi Tahun 2012, diminta menghantar Pelaporan L4 & Pelaporan Perbelanjaan UBK 2012 ke Pejabat Pelajaran Daerah Rompin (PPDR) dengan segera pada atau sebelum 6 NOVEMBER 2012 ( Selasa ). 

 Data tersebut perlu juga dihantar secara email kepada perhati_rompin@yahoo.com juga pada atau sebelum 6 NOVEMBER 2012 (Selasa). Maklumat pelaporan L4 perlu digabungkan dan dihantar ke JPNP pada           7 NOVEMBER 2012 (Rabu).

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi En. Fauzi di talian 019-9834123 dan Tn. Hj. Wakiman di talian 013-9152454.

Kerjasama anda amat dihargai...

Terima kasih

Pengerusi MGKK Rompin


CATATAN :

Sila download borang L4 & Pelaporan Perbelanjaan UBK 2012 di bawah atau pada ruangan download bagi tujuan di atas..

Friday, 10 August 2012

Makluman kepada semua GBKSM & Guru Bimbingan Daerah Rompin

Assalamualaikum wbt... Perhatian kepada semua Guru Kaunseling Sepenuh Masa dan Guru Bimbingan,anda diminta menghantar Laporan Analisis Sesi Kaunseling dari bulan Januari - Julai 2012 dengan segera pada atau sebelum 10 Ogos 2012. Sila gunakan format borang pada ruangan download di atas atau seperti fail link di bawah :

 Borang Analisis Sesi Kaunseling dari Januari - Julai 2012

Sila email fail di atas kepada perhati_rompin@yahoo.com

Laporan di atas perlu dihantar dengan segera ke JPNP. Segala kerjasama anda amat dihargai.

Pesanan dari Pengerusi MGKK Rompin

Thursday, 21 June 2012

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Jati Diri

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Jati Diridisertai oleh pelajar - pelajar Daerah Rompin. Program ini dikendalikan oleh Guru-Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Rompin. Program ini diadakan seperti berikut :



Tarikh    :  19 Jun 2012
Tempat  :  SMK Muadzam Jaya
Masa     :  7.30 am - 5.00 pm

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Kembali Ke Sekolah

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Kembali Ke Sekolah disertai oleh pelajar - pelajar Daerah Rompin. Program ini dirasmikan oleh En. Azme bin Mohamad, ( Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rompin ). Program ini diadakan seperti berikut :



Tarikh    :  12 Jun 2012
Tempat  :  SMK Seri Rompin
Masa     :  7.30 am - 5.00 pm

Friday, 18 May 2012

SEGERA ! Pesanan PENTING dari Majlis Kaunseling Kebangsaan Rompin.

Assalamualaikum WBT...

Perhatian kepada semua GBKSM Daerah Rompin diminta mengemaskini web / blog masing-masing. Ini kerana blog / web sekolah anda akan dimanfaatkan oleh pelajar sekolah anda dan semua peminat siber.

Semua GBKSM diminta menghantar senarai nama PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID (PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH & PROGRAM JATI DIRI) dengan SEGERA! ke email mgkkrompin2012@gmail.com

Terima kasih atas keperihatinan anda.