Saturday 3 November 2012

Pelaporan Sesi Kaunseling ( L4 ) bagi Tahun 2012

Assalamualaikum wbt..

Perhatian kepada semua Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa (GBSM) yang menerima Peruntukan Kaunseling (PCG) bagi Tahun 2012, diminta menghantar Pelaporan L4 & Pelaporan Perbelanjaan UBK 2012 ke Pejabat Pelajaran Daerah Rompin (PPDR) dengan segera pada atau sebelum 6 NOVEMBER 2012 ( Selasa ). 

 Data tersebut perlu juga dihantar secara email kepada perhati_rompin@yahoo.com juga pada atau sebelum 6 NOVEMBER 2012 (Selasa). Maklumat pelaporan L4 perlu digabungkan dan dihantar ke JPNP pada           7 NOVEMBER 2012 (Rabu).

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi En. Fauzi di talian 019-9834123 dan Tn. Hj. Wakiman di talian 013-9152454.

Kerjasama anda amat dihargai...

Terima kasih

Pengerusi MGKK Rompin


CATATAN :

Sila download borang L4 & Pelaporan Perbelanjaan UBK 2012 di bawah atau pada ruangan download bagi tujuan di atas..

Friday 10 August 2012

Makluman kepada semua GBKSM & Guru Bimbingan Daerah Rompin

Assalamualaikum wbt... Perhatian kepada semua Guru Kaunseling Sepenuh Masa dan Guru Bimbingan,anda diminta menghantar Laporan Analisis Sesi Kaunseling dari bulan Januari - Julai 2012 dengan segera pada atau sebelum 10 Ogos 2012. Sila gunakan format borang pada ruangan download di atas atau seperti fail link di bawah :

 Borang Analisis Sesi Kaunseling dari Januari - Julai 2012

Sila email fail di atas kepada perhati_rompin@yahoo.com

Laporan di atas perlu dihantar dengan segera ke JPNP. Segala kerjasama anda amat dihargai.

Pesanan dari Pengerusi MGKK Rompin

Thursday 21 June 2012

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Jati Diri

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Jati Diridisertai oleh pelajar - pelajar Daerah Rompin. Program ini dikendalikan oleh Guru-Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Rompin. Program ini diadakan seperti berikut :



Tarikh    :  19 Jun 2012
Tempat  :  SMK Muadzam Jaya
Masa     :  7.30 am - 5.00 pm

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Kembali Ke Sekolah

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid - Program Kembali Ke Sekolah disertai oleh pelajar - pelajar Daerah Rompin. Program ini dirasmikan oleh En. Azme bin Mohamad, ( Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rompin ). Program ini diadakan seperti berikut :



Tarikh    :  12 Jun 2012
Tempat  :  SMK Seri Rompin
Masa     :  7.30 am - 5.00 pm

Saturday 19 May 2012

Friday 18 May 2012

SEGERA ! Pesanan PENTING dari Majlis Kaunseling Kebangsaan Rompin.

Assalamualaikum WBT...

Perhatian kepada semua GBKSM Daerah Rompin diminta mengemaskini web / blog masing-masing. Ini kerana blog / web sekolah anda akan dimanfaatkan oleh pelajar sekolah anda dan semua peminat siber.

Semua GBKSM diminta menghantar senarai nama PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID (PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH & PROGRAM JATI DIRI) dengan SEGERA! ke email mgkkrompin2012@gmail.com

Terima kasih atas keperihatinan anda.

Wednesday 16 May 2012

Selamat Menyambut Hari Guru 2012.

16 Mei 2012 - Majlis Guru Kebangsaan Rompin mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada semua guru dan pendidik di Daerah Rompin, Pahang dan di seluruh dunia. Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian diberkati oleh Allah S.W.T.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.


Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Tuesday 15 May 2012

Selamat Datang ke Blog Majlis Guru Kaunseling Daerah Rompin

15 Mei 2012 - Semua guru kaunseling Daerah Rompin telah menghadiri kursus pembinaan blog di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Semua Guru Kaunseling mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar semasa kami menjalani kursus ini.InsyaAllah, jemput kami lagi.

Program ini turut dihadiri oleh En. Azme bin Muhamad, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Rompin
Sekitar program